Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada hari RABU (19 JUN 2019). Memandangkan tarikh tersebut adalah hari rabu dan merupakan hari Kokurikulum, maka majlis ini akan dikira sebagai aktiviti kokurikulum berpusat. Justeru, waktu kokurikulum akan dipendekkan sehingga jam 2.00 petang dan murid-murid dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2.00 petang. Adalah diharapkan ibu bapa dan penjaga mengambil maklum akan perubahan waktu pulang murid-murid pada tarikh tersebut.
Untuk makluman, semua murid dibenarkan untuk memakai pakaian raya yang bersesuaian, kemas dan tidak mencolok mata. Pakaian seperti jeans, selipar, aksesori yang tidak bersesuaian adalah DILARANG. Murid-murid juga DILARANG untuk membawa telefon bimbit ke dalam kawasan sekolah tetapi DIBENARKAN membawa kamera digital untuk merakamkan sebarang sesi fotografi dan di bawah tanggungjawab sendiri. Semua murid diminta untuk menuruti syarat-syarat yang telah ditetapkan berdasarkan taklimat yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan HEM pada perhimpunan pagi selasa (18 Jun 2019).
Semoga majlis ini akan berlangsung dengan penuh meriah.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!
No comments:
Post a Comment