Tuesday, 5 November 2019

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN 2019 :MASAKAN BERASASKAN UBI KAYU

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Program ini telah diadakan di Dewan Citra Minda Sutas pada 30 Oktober 2019. Peserta harus menyediakan pelbagai menu utama berasakan ubi kayu . Menu yang menarik seperti pengat ubi, gula sira ubi, ubi goreng dan hidangan air yang sesuai telah di hidangkan bertemakan tradisional.Para juri telah menilai dari segi kekemasan.kebersihan,kerjasama kumpulan dan kesedapan hidangan makanan. 


Program kelolaan panitia Sejarah ini bertujuan untuk meluaskan lagi tentang sejarah ubi kayu dimana ubi kayu ini adalah sumber makanan zaman penjajahan di alam melayu. Pertandingan ini telah disertai oleh 10 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan.Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan 5 yang mendapat tempat pertama seterusnya kumpulan 3 di tempat kedua dan tempat terakhir kumpulan 6. 











No comments:

Post a Comment

AKTIVITI PELAJAR SELEPAS PT3 2019 : PEMBUATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera Panitia Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)  telah  mengadakan aktiviti pembuatan rantai kunci dan...