Thursday, 20 June 2019

MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAN JAMUAN RAYA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) GOMBAK 2019

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pada 20 Jun 2019, SMK Sungai Kertas telah menjadi tuan rumah untuk mesyuarat penyelarasan Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) daerah Gombak bagi tahun 2019. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum Sutas, Puan Saimah Binti Mohd Said berjalan lancar. Antara intipati yang dibincangkan termasuklah taklimat pertandingan, pengagihan ahli jawatankuasa. undian giliran, taklimat kewangan dan sebagainya. Memandangkan mesyuarat ini diadakan pada bulan Syawal yang mulia, maka pihak jawatankuasa KRS Gombak telah berbesar hati menaja makanan dan minuman untuk Jamuan Hari Raya Aidilfitri khas untuk guru-guru KRS Gombak. Mesyurat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari. Pertandingan kawad kaki KRS peringkat daerah Gombak ini akan dilaksanakan pada 3 Julai 2019. Selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan bertanding!






SAMBUTAN AIDILFITRI SUTAS 2019 MERIAH!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera!

SMK Sungai Kertas telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah tahun 2019 pada 19 Jun (Rabu) baru-baru ini. Majlis yang diadakan setahun sekali ini penuh meriah dengan kehadiran warga sekolah yang lengkap berbaju raya berwarna warni. Konsep rumah terbuka bagi setiap kelas juga diteruskan dan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dalam menyumbangkan pelbagai makanan serta membuat dekorasi menambahkan kemeriahan sambutan pada kali ini. Semoga ukhwah sebegini dapat diteruskan agar ikatan silaturahim sesama warga Sutas berterusan. Berikut merupakan gambar-gambar yang berjaya dirakamkan oleh lensa sepanjang majlis berlangsung.















Tuesday, 18 June 2019

SAMBUTAN HARI RAYA SUTAS 2019

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.


Pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada hari RABU (19 JUN 2019). Memandangkan tarikh tersebut adalah hari rabu dan merupakan hari Kokurikulum, maka majlis ini akan dikira sebagai aktiviti kokurikulum berpusat. Justeru, waktu kokurikulum akan dipendekkan sehingga jam 2.00 petang dan murid-murid dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2.00 petang. Adalah diharapkan ibu bapa dan penjaga mengambil maklum akan perubahan waktu pulang murid-murid pada tarikh tersebut.

Untuk makluman, semua murid dibenarkan untuk memakai pakaian raya yang bersesuaian, kemas dan tidak mencolok mata. Pakaian seperti jeans, selipar, aksesori yang tidak bersesuaian adalah DILARANG. Murid-murid juga DILARANG untuk membawa telefon bimbit ke dalam kawasan sekolah tetapi DIBENARKAN membawa kamera digital untuk merakamkan sebarang sesi fotografi dan di bawah tanggungjawab sendiri. Semua murid diminta untuk menuruti syarat-syarat yang telah ditetapkan berdasarkan taklimat yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan HEM pada perhimpunan pagi selasa (18 Jun 2019).

Semoga majlis ini akan berlangsung dengan penuh meriah. 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!
  

AKTIVITI PELAJAR SELEPAS PT3 2019 : PEMBUATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera Panitia Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)  telah  mengadakan aktiviti pembuatan rantai kunci dan...