Monday, 19 August 2019

PERJUMPAAN KOKURIKULUM 21.08.2019

Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan Melalui Kokurikulum.

Untuk makluman, perjumpaan kokurikulum pada hari rabu, 21 Ogos 2019 akan berjalan seperti biasa. Aktiviti kali ini akan melibatkan semua badan beruniform. Berikut merupakan maklumat untuk aktiviti yang akan dijalankan:

Tarikh : 21 OGOS 2019 (RABU)
Masa : 12.30 TENGAHARI - 3.00 PETANG
Aktiviti : PERTANDINGAN MEWARNA (TEMA KEMERDEKAAN)

Venue:
  • Kadet Remaja Sekolah : Kantin
  • Kadet Polis : Surau (Luar)
  • Kadet Bomba : Surau (Dalam)
  • Pengakap : Bilik Komputer 2
  • Silat : Bilik Media
  • Taekwondo : Wakaf Bilik Disiplin
  • Pandu Puteri : Pusat Sumber Sekolah
  • Puteri Islam : Surau (Dalam)
  • Bulan Sabit Merah Malaysia : Kantin
Diharap semua murid dapat mematuhi arahan ini. Terima kasih.

PAMERAN PROJEK REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT) PT3

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pada 19 Ogos 2019, Panitia Reka Bentuk Teknologi (RBT) telah mengadakan Pameran Projek RBT pelajar-pelajar tingkatan tiga. Projek-projek yang dibuat ini merupakan tugas wajib yang perlu dibuat oleh murid-murid tingkatan tiga yang mengambil mata pelajaran RBT untuk PT3. Sebanyak 20 booth pameran telah disediakan dan lengkap dengan produk masing-masing. Pameran ini telah diselia dan diuruskan oleh Cikgu Norhayati Basimin dan Cikgu Zuraidi Embong. 

   























PERTANDINGAN ROKET AIR PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Sempena Bulan Sains dan Matematik, Panitia Fizik di bawah kendalian Persatuan Sains dan Matematik telah mengadakan Pertandingan Roket Air Peringkat Sekolah. Pertandingan yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima ini telah diadakan pada 7 Ogos 2019, bertempat di padang SMK Sungai Kertas. Sebanyak 8 buah kumpulan teah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang mana setiap kumpulan diwakili oleh 4 orang pelajar.

Antara syarat yang telah ditetapkan ialah setiap kumpulan perlu menggunakan botol air bikarbonat 1.5 liter. Ketika proses mengepam, tekanan udara harus berada pada kedudukan 60 psi dan seterusnya menerbangkan roket air masing-masing dengan jarak sasaran sekurang-kurangnya 80-100 meter. Berikut merupakan koleksi gambar sepanjang pertandingan:






Berikut merupakan pemenang-pemenang bagi Pertandingan Roket Air peringkat sekolah bagi tahun 2019. Majlis penyampaian hadiah diadakan semasa perhimpunan rasmi pada 19 Ogos 2019.

JOHAN: KUMPULAN 7 (5 ALFA)
MUHAMMAD AMIRUL LUQMAN BIN MUHAMMAD FAIRUS
MUHAMMAD 'ARIFFUDDIN BIN RAMLI
ALIF ARSHAD BIN MAZALAN
NURUL BATRISYIA BINTI SHAIFUDIN

NAIB JOHAN: KUMPULAN 1 (4 ALFA)
SITI NOR HAFIZA SAMSURI
RAJA FITHRIYATUL KHAIRIYAH BINTI RAJA CHULAN
NURUL NAZZATUL NATASSYA BINTI ABD JALAL
EMYLIYAH BINTI JAMLI

TEMPAT KETIGA: KUMPULAN 4 (4 ALFA)
ABDUL AZIZ BIN YUSUF
MUHAMMAD KASYFUL AZHIM BIN AMRAN
HARITH ISKANDAR BIN A RAHIM
MUHAMMAD AIMAN MOHD YUSOF






TAHNIAH SUGENG DAN PASUKAN SOFTBALL

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Warga SUTAS ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Muhammad Sugeng Bin Bakhtiar yang telah mendapat pingat gangsa bersama pasukan softball lelaki bawah 18 tahun Selangor yang menyertai Kejohanan Softball MSSM 2019. Pasukan L18 telah merangkul pingat gangsa setelah menewaskan pasukan Pulau Pinang pada perlawanan penentuan tempat ke-3/4 dengan jumlah mata 7-0. Kejohanan yang yang diadakan di negeri Perlis ini telah berlangsung selama seminggu iaitu dari 3 hingga 7 Ogos 2019. Pihak sekolah turut meraikan kejayaan beliau dengan mengadakan majlis penyampaian hadiah semasa perhimpunan mingguan pada 19 Ogos. Tahniah diucapkan sekali lagi. Semoga terus mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi!!

Majlis Penyampaian Hadiah di Perlis

Bergambar kenangan selepas pertandingan

Majlis penyampaian hadiah yang diadakan di sekolah

Bersama Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum Sutas

AKTIVITI PELAJAR SELEPAS PT3 2019 : PEMBUATAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera Panitia Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)  telah  mengadakan aktiviti pembuatan rantai kunci dan...