Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) telah mengadakan aktiviti pembuatan rantai kunci dan cenderamata pelekat peti sejuk di bengkel RBT pada 5 Sepetember 2019. Bahan yang digunakan untuk membuat rantai kunci ini ialah resin epoxy manakala plaster of paris (POP) digunakan untuk membuat cenderamata pelekat peti sejuk. Aktiviti ini telah disertai oleh kelas 3 Analog dan 3 Ibnu Sina. Mereka telah didedahkan bagaimana cara menyediakan bahan bancuhan dengan betul daripada Pn.Norhayati Basimin dan En.Mohd Zuraidi.
Pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan, 2 kumpulan membuat acuan bagi cenderamata pelekat peti sejuk manakala 2 kumpulan lagi membuat acuan rantai kunci. Sebelum melakukan aktiviti ini pelajar perlu memakai pakaian yang sesuai dan sarung tangan getah bagi memastikan keselamatan terjamin. Semoga aktiviti dapat memberi pengalaman manis dan kemahiran yang berharga kepada pelajar - pelajar yang terlibat.